Pencinta Harimau Malaya + Manchester United Glory! Glory!

Saturday, February 12, 2011

MANCHESTER UNITED kekal di tangga TERATAS LIGA!

Kemenangan oleh pasukan Manchester United adalah hasil dari dua jaringan yg dihasilkan oleh Nani pada minit ke-41 dan juga Wayne Rooney pada minit ke-78. City tampak garang pada minit ke-65, di mana gawang Manchester United berjaya dibolosi hasil sepakan refleks dari Edin Dzeko yg terkena di belakang badan pemain David Silva. Mancini menarik nafas lega dengan jaringan tersebut, tetapi jaringan cantik dari Wayne Rooney mengubah nasib United untuk terus kekal dengan beza 7 mata di hadapan Arsenal. City sekarang berada 8 mata di belakang United dengan menduduki di tangga yang ketiga dan hanya berbeza 1 mata di belakang Arsenal.



Sebelum ini rekod tanpa kalah Manchester United musnah dengan lawan pasukan tercorot, Wolves dengan 1-2. Walau bagaimanapun, United sekarang masih kekal di tangga yang teratas dengan 57 mata. Man Utd mengharapkan keajaiban penjaring terbanyak liga setakat ini, Dimitar Berbatov dengan (19 gol) manakala Man City pula mempunyai bekas pemain dari United, Carlos Tevez dengan (18 gol).

Man Utd mempunyai rekod yang baik bermain di gelanggang sendiri setelah menang 12 perlawanan dan satu seri iaitu ketika perlawanan menentang West Brom.


"When we lost a game that we don't deserve to lose, we can win a game that we don't deserve to win." Glory Glory Man United!

0 kata syaitan merah: