Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mungkin tidak dapat beraksi selama dua minggu selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki kiri pada Sabtu lalu apabila menang ke atas West Bromwich Albion 2-1.
Rooney menjaringkan gol pada minit ke tiga merupakan gol pertamanya sejak Mac tetapi berjalan terincut-incut pada akhir perlawanan ketika dia tercedera selepas dibentes oleh Chris Brunt.
Rooney berjalan tempang keluar ketika perlawanan berbaki beberapa minit kerana United sudah mengunakan semua pemain gantian.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata, "Ia kelihatan seperti dia akan direhatkan untuk dua minggu".
Ferguson menambah penyerang England itu "benar-benar indah dan memimpin kami sepanjang jalan".
United mendahului takhta Liga Perdana dan menjadi tuan rumah ketika bertemu Stoke pada Selasa ini.

0 kata syaitan merah:
Post a Comment