Pencinta Harimau Malaya + Manchester United Glory! Glory!

Tuesday, January 4, 2011

Tiada pembelian akan dilakukan pada Januari 2011

 
Manchester United mendahului takhta untuk merampas semula gelaran Liga Perdana ketika mereka memasuki tahun 2011 berada di puncak liga tetapi Ferguson tidak merancang menguatkan lagi pasukannya dengan pengambilan pemain baru semasa jendela perpindahan selama satu bulan.
 
Pesaing gelaran, Manchester City kelihatan bersedia untuk membeli penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko sementara Chelsea mencari pertahanan baru dan Arsenal mungkin mendapatkan penjaga gol.
 
Ferguson yang melengkapkan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard dari Aalesund, yakin pasukannya sudah kuat langkah terakhir dalam perebutan gelaran.
 
"Saya tidak berfikir begitu", beritahunya ketika ditanya adakah dia akan buat pengambilan pemain baru.
 
"Sentiasa ada keadaan ini jika sesetengah pemain datang yang kami suka, kami akan lakukan sesuatu tetapi ia kelihatan tidak berlaku pada Januari ini".
 
"Dalam apa-apa kes, ramai pemain perlu berdepan dengan fakta yang kami tetap fokus ke atas perlawanan dengan membawa pemain yang dapat memberi cabaran dan menjadi kesebelasan utama pasukan".
 
"Kami semua bersatu dan kami mahu menang bersama. Ia membantu pasukan menjadi lebih kuat".

0 kata syaitan merah: