Skuad Ferguson akan diperkuatkan tidak lama lagi dengan midfielder veteran, Paul Scholes yang akan kembali berlatih pada minggu depan selepas tidak beraksi selama lima minggu.
Scholes, 35, diketepikan akibat kecederaan pangkal paha sejak United menang ke atas Rangers di Liga Juara-juara pada 24 November.
Dia terlepas enam perlawanan, namun Ferguson berharap bekas pemain antarabangsa England tersebut akan mampu beraksi bagi baki musim apabila kecederaan sembuh sepenuhnya.
"Paul perlukan sedikit masa lagi untuk sembuh," kata Ferguson. "Kami mahu dia berehat secukupnya."
"Diharapkan masa rehat tersebut akan segera memulihkan segala masalah supaya dia mampu untuk kembali berlatih pada minggu hadapan."

0 kata syaitan merah:
Post a Comment