Pencinta Harimau Malaya + Manchester United Glory! Glory!

Tuesday, January 4, 2011

Masa Depan Kuszczak

Tomasz Kuszczak digalakkan berbincang dengan Sir Alex Ferguson untuk mengetahui sama ada masa depannya bersama Manchester United atau tidak.
 
 
Pemain antarabangsa Poland itu membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana selama 12 bulan di West Brom pada Sabtu lalu dan membantu United memenangi kali kedua perlawanan di tempat lawan musim ini.
 
Namun Kuszczak tahu ini tidak cukup untuk dia kekal di posisi itu selepas Edwin van der Sar bersedia untuk kembali pertemuan seterusnya Old Trafford menentang Stoke.
 
Ferguson sudah mengesahkan dia merancang untuk hidup tanpa pemain Belanda itu yang sudah berusia 40 tahun.
 
Bagaimanapun, ketibaan Anders Lindegaard yang akan layak bermain minggu depan FA Cup menentang Liverpool dan berpotensi untuk mendapatkan nama besar pada musim panas akan datang, membuatkan Kuszczak hanya mempunyai tempoh terhad selepas lima tahun di Old Trafford.
 
"Saya mahu melihat apa yang Bos akan lakukan, sama ada dia mahu saya bermain atau menjual saya. Setakat ini, saya tak tahu."
 
"Saya mahu bermain tapi keputusan bukan ditangan saya."

0 kata syaitan merah: