Kemenangan oleh pasukan Manchester United adalah hasil dari dua jaringan yg dihasilkan oleh Nani pada minit ke-41 dan juga Wayne Rooney pada minit ke-78. City tampak garang pada minit ke-65, di mana gawang Manchester United berjaya dibolosi hasil sepakan refleks dari Edin Dzeko yg terkena di belakang badan pemain David Silva. Mancini menarik nafas lega dengan jaringan tersebut, tetapi jaringan cantik dari Wayne Rooney mengubah nasib United untuk terus kekal dengan beza 7 mata di hadapan Arsenal. City sekarang berada 8 mata di belakang United dengan menduduki di tangga yang ketiga dan hanya berbeza 1 mata di belakang Arsenal.
Sebelum ini rekod tanpa kalah Manchester United musnah dengan lawan pasukan tercorot, Wolves dengan 1-2. Walau bagaimanapun, United sekarang masih kekal di tangga yang teratas dengan 57 mata. Man Utd mengharapkan keajaiban penjaring terbanyak liga setakat ini, Dimitar Berbatov dengan (19 gol) manakala Man City pula mempunyai bekas pemain dari United, Carlos Tevez dengan (18 gol).
Man Utd mempunyai rekod yang baik bermain di gelanggang sendiri setelah menang 12 perlawanan dan satu seri iaitu ketika perlawanan menentang West Brom.
"When we lost a game that we don't deserve to lose, we can win a game that we don't deserve to win." Glory Glory Man United!
Pencinta Harimau Malaya + Manchester United Glory! Glory!
Saturday, February 12, 2011
MANCHESTER UNITED kekal di tangga TERATAS LIGA!
Diutuskan oleh
Josh
pada
9:26 AM
0
kata syaitan merah
Tuesday, January 4, 2011
Man Utd dikaitkan dengan perpindahan Gilardino
Manchester United telah dikaitkan dengan perpindahan mengejut untuk penyerang Fiorentina, Alberto Gilardino.
Juventus mahu merampas penyerang Itali itu dengan perjanjian £15 juta, namun akhbar Itali Gazzetta dello Sport mendakwa bahawa pihak Turin telah diberitahu tentang saingan minat oleh pendahulu Liga Perdana Barclays.
Fiorentina mahu menandatangani penyerang Itali bawah-21, Federico Macheda dari United dan boleh cuba memasukkan dia dalam perjanjian pertukaran untuk Gilardino.
Namun, Ferguson enggan ingkar selain hanya mampu meminjamkan Macheda, 19 tahun yang telah dipuji tinggi oleh bos Old Trafford tersebut.
Perpindahan untuk Gilardino pastinya akan mengejutkan, namun Gazzetta mendakwa bahawa Ferguson kecewa oleh inkonsistensi Dimitar Berbatov, walaupun pemain Bulgaria itu mempamerkan prestasi hebat belakangan ini.
Diutuskan oleh
Josh
pada
10:15 PM
0
kata syaitan merah
Scholes bakal kembali
Skuad Ferguson akan diperkuatkan tidak lama lagi dengan midfielder veteran, Paul Scholes yang akan kembali berlatih pada minggu depan selepas tidak beraksi selama lima minggu.
Scholes, 35, diketepikan akibat kecederaan pangkal paha sejak United menang ke atas Rangers di Liga Juara-juara pada 24 November.
Dia terlepas enam perlawanan, namun Ferguson berharap bekas pemain antarabangsa England tersebut akan mampu beraksi bagi baki musim apabila kecederaan sembuh sepenuhnya.
"Paul perlukan sedikit masa lagi untuk sembuh," kata Ferguson. "Kami mahu dia berehat secukupnya."
"Diharapkan masa rehat tersebut akan segera memulihkan segala masalah supaya dia mampu untuk kembali berlatih pada minggu hadapan."
Diutuskan oleh
Josh
pada
10:12 PM
0
kata syaitan merah
Tiada pembelian akan dilakukan pada Januari 2011
Manchester United mendahului takhta untuk merampas semula gelaran Liga Perdana ketika mereka memasuki tahun 2011 berada di puncak liga tetapi Ferguson tidak merancang menguatkan lagi pasukannya dengan pengambilan pemain baru semasa jendela perpindahan selama satu bulan.
Pesaing gelaran, Manchester City kelihatan bersedia untuk membeli penyerang Wolfsburg, Edin Dzeko sementara Chelsea mencari pertahanan baru dan Arsenal mungkin mendapatkan penjaga gol.
Ferguson yang melengkapkan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard dari Aalesund, yakin pasukannya sudah kuat langkah terakhir dalam perebutan gelaran.
"Saya tidak berfikir begitu", beritahunya ketika ditanya adakah dia akan buat pengambilan pemain baru.
"Sentiasa ada keadaan ini jika sesetengah pemain datang yang kami suka, kami akan lakukan sesuatu tetapi ia kelihatan tidak berlaku pada Januari ini".
"Dalam apa-apa kes, ramai pemain perlu berdepan dengan fakta yang kami tetap fokus ke atas perlawanan dengan membawa pemain yang dapat memberi cabaran dan menjadi kesebelasan utama pasukan".
"Kami semua bersatu dan kami mahu menang bersama. Ia membantu pasukan menjadi lebih kuat".
Diutuskan oleh
Josh
pada
12:54 PM
0
kata syaitan merah
Masa Depan Kuszczak
Tomasz Kuszczak digalakkan berbincang dengan Sir Alex Ferguson untuk mengetahui sama ada masa depannya bersama Manchester United atau tidak.
Pemain antarabangsa Poland itu membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana selama 12 bulan di West Brom pada Sabtu lalu dan membantu United memenangi kali kedua perlawanan di tempat lawan musim ini.
Namun Kuszczak tahu ini tidak cukup untuk dia kekal di posisi itu selepas Edwin van der Sar bersedia untuk kembali pertemuan seterusnya Old Trafford menentang Stoke.
Ferguson sudah mengesahkan dia merancang untuk hidup tanpa pemain Belanda itu yang sudah berusia 40 tahun.
Bagaimanapun, ketibaan Anders Lindegaard yang akan layak bermain minggu depan FA Cup menentang Liverpool dan berpotensi untuk mendapatkan nama besar pada musim panas akan datang, membuatkan Kuszczak hanya mempunyai tempoh terhad selepas lima tahun di Old Trafford.
"Saya mahu melihat apa yang Bos akan lakukan, sama ada dia mahu saya bermain atau menjual saya. Setakat ini, saya tak tahu."
"Saya mahu bermain tapi keputusan bukan ditangan saya."
Diutuskan oleh
Josh
pada
12:47 PM
0
kata syaitan merah
Kecederaan Terbaru Rooney
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mungkin tidak dapat beraksi selama dua minggu selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki kiri pada Sabtu lalu apabila menang ke atas West Bromwich Albion 2-1.
Rooney menjaringkan gol pada minit ke tiga merupakan gol pertamanya sejak Mac tetapi berjalan terincut-incut pada akhir perlawanan ketika dia tercedera selepas dibentes oleh Chris Brunt.
Rooney berjalan tempang keluar ketika perlawanan berbaki beberapa minit kerana United sudah mengunakan semua pemain gantian.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata, "Ia kelihatan seperti dia akan direhatkan untuk dua minggu".
Ferguson menambah penyerang England itu "benar-benar indah dan memimpin kami sepanjang jalan".
United mendahului takhta Liga Perdana dan menjadi tuan rumah ketika bertemu Stoke pada Selasa ini.
Diutuskan oleh
Josh
pada
12:22 PM
0
kata syaitan merah
Subscribe to:
Comments (Atom)


